Keindahan paya Rantau Abang menyediakan satu keunikan panorama alam semulajadi kepada pengunjungnya.
30 Disember 2010
28 Disember 2010
27 Disember 2010
Aktiviti Kampung 1
Sempena bulan Muharram pihak AJK Masjid Rantau Abang bersama penduduk kampung mengadakan program membuat "sure". Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan juga dapat memupuk semangat kerjasama sesama penduduk kampung.
Program ini merupakan salah satu "Program Tahunan" pihak AJK masjid.
Pusat Penerangan Penyu
Salah satu ajensi jabatan perikanan yang memberi maklumat dan penerangan tentang pendaratan penyu di Rantau Abang.
Batik Conteng
Produk batik juga terdapat di Rantau Abang dimana ianya dijual dengan harga yang berpatutan. Disamping itu, pengunjung juga dapat merasai sendiri pengalaman menconteng batik.
26 Disember 2010
Lagenda Batu Penyu
Kini.... Penyu Rantau Abang "menangis" gembira. Langkah kerajaan negeri yang menyediakan jalan dan membaikpulih "Ibu Penyu" yang terdapat di atas Bukit Che Hawa. Penyu yang mendarat di pantai Rantau Abang sering dikaitkan dengan lagenda Batu Penyu yang juga dikenali sebagai "Ibu Penyu". Kini ia menjadi salah satu tempat yang mesti dilawati apabila datang ke Rantau Abang.
Mengikut rekod jabatan perikanan, kadar pendaratan penyu di pantai Rantau Abang telah meningkat pada tahun ini hasil program pendidikan dan kesedaran kepada penduduk sekitarnya yang dilakukan melalui TUMEC.
Pengunjung:
Pemandangan Dari Atas Bukit:
Di harap dengan kecaknaan keatas "Ibu Penyu" ini dapat mengamit kedatangan penyu dan pelancong ke Rantau Abang di tahun-tahun yang mendatang.
Langgan:
Catatan (Atom)